Translate

Tuesday, September 25, 2018





KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS


6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Terdapat pelbagai bentuk dan jenis maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan lain-lain. Bahagian ini akan menerangkan analisis berbentuk kuantitatif iaitu menganalisis data-data bernombor.
Maklumat dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus. Tujuannya supaya data-data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas. Data yang banyak dianalisis menggunakan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). SPSS adalah software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistik yang tinggi seperti skor min, regrasi, korelasi (membandingkan, menentukan hubungan dan menentukan kekuatan hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah kajian).
Berikut adalah beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor:

a   a)  JADUAL

Jadual merupakan cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat bernombor. Pemboleh ubah dimasukkan ke dalam lajur dan baris dalam jadual. Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Pemboleh ubah adalah faktor  yang menjadi perkara penting unuk dianalisis misalnya masa, jantina, pendapatan dan pencapaian akademik. Rajah di bawah menunjukkan jadual analisis kebolehan mengendalikan beberapa aspek pengurusan dalam kalangan guru-guru di sekolah. 





b) GRAF LENGKUNG, BAR, PAI, PIKTOGRAF

Graf diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor. Tujuannya adalah supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisis kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan kajian. Berikut adalah contoh beberapa bentuk graf yang digunakan untuk menganalisis data bernombor.


GRAF BAR




Graf bar menunjukkan pengeluaran baju dan seluar di Kilang Berseri antara tahun 1998 hingga 2002. Didapati pengeluaran baju pada tahun 1998 mencatat jumlah yang paling tinggi berbanding tahun 1999, 2000, 2001 dan 2002. Manakala pengeluaran seluar mencatat jumlah yang paling tinggi pada tahun 2000.



CARTA PAI




Graf pai menunjukkan penggunaan keperluan harian seperti makanan, air, telefon, elektrik, pakaian dan lain-lain dalam kehidupan seseorang. Didapati bahawa keperluan makanan sangat tinggi berbanding keperluan harian yang lain.



PIKTOGRAF





Piktograf menunjukkan bahawa bilangan murid tingkatan satu di sebuah sekolah mencatat bilangan yang paling tinggi berbanding tingkatan 2 dan tingkatan 3 iaitu seramai 50 orang.


GRAF LENGKUNG




MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN
Kemahiran mentafsir data ialah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah. Mentafsir teks adalah untuk memberikan penerangan tentang pola ataupun perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca /dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat. Terdapat beberapa langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks:
a)   Memecahkan data kepada bahagian kecil
             -mengenalpasti tema yang dibincangkan.
b)  Meneliti semua data untuk mencari perkaitan
       -menentukan perkaitan antara tema-tema.
c)  Membezakan fakta daripada hipotesis
       -mengenal pasti maklumat berbentuk fakta atau andaian.
d)  Membezakan idea utama daripada idea sampingan
-menentukan perhubungan antara idea utamadan idea sampingan.
Manakala, mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.
Contohnya,

 a)    Carta alir

Image result for carta alir










  

b)      Lakaran


Image result for lakaran 











a)      Foto


 Image result for foto


d)    Gambar rajah
                     
Image result for gambar rajah



  MEMBUAT KESIMPULAN
Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Kesimpulan yang di buat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan. Manakala, kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.

Menilai maklumat
Dalam penilaian maklumat, pelajar harus tahu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.  Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap. Setelah semua maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat berdasarkan hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan. Akhirnya, maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian. Menilai maklumat merupakan pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian menjadi lebih manta papa bila penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan isu yang dibincangkan.Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
        Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah autoriti yang merujuk kepada kebolehpercayaan sesuatu maklumat yang telah disebarkan atau diberikan. Contohnya, sumber maklumat diperolehi daripada sumberyang boleh dipercayai akan memberikan tanggapan yang positif kepada yang menilai hasil kerja kita. Seterusnya, info yang ingin dinilai juga perlulah saksama dari segala perkara negatif. Ini bermaksud maklumat tersebut hendaklah bersifat adil dan neutral. Penilaian maklumat juga di ambil kira dari segi nilai semasa kerana terdapat info yang kita baca adalah perkara yang sudah lama. Kita harus mengetahui bahawa maklumat tersebut adalah maklumat terkini agar memastikan kita tidak mudah ditipu dan diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhir sekali, maklumat tersebut haruslah lengkap dan jelas untuk memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu. Dengan ini kita boleh membolehkan kita lebih mudah faham dan mengingati maklumat tersebut.      
Menilai maklumat juga merujuk kepada suatu keadaan dimana kita membuat pertimbangan mengenai nilai, idea, kerja, penyelesaian, kaedah, dan bahan yang digunakan rujukan  yang baik dan tepat untuk tujuan tertentu. Menilai maklumat juga melibatkan penggunaan kriteria dan juga 'standard-standard' untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan dan memuaskan. Ciri-ciri maklumat yang baik adalah tepat, cepat, lengkap, ringkas, dan seterusnya merupakan kompenen yang penting ialah maklumat tersebut haruslah berkaitan dengan apa yang ingin di sampaikan.



Mensistesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis
            Sintesis merupakan kemahiran yang perlu dikuasai dengan baik kerana ia menentukan sama ada tugasan yang dihasilkan itu baik ataupun tidak menepati kehendak tugasan. Mensistesis maklumat dapat dilakukan melalui pembinaan rangka, draf, skrip,dan juga berdasarkan nota tugasan yang telah dianalisis. Seterusnya, ia juga melibatkan kemahiran dimana kita perlu memahami keperluan tugasan, pilih format media di mana pengetahuan baru tersebut boleh disebarkan. Mesistesiskan maklumat juga perlu dilakukan ataupun menguruskan hasil tugasan yang ingin dipersembahan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, maklumat tersebut hendak disebarkan dan disampaikan dengan baik. Akhir sekali, media yang digunakan untuk menyebarkan maklumat adalah kompenen yang amat penting untuk meningkatkan keberkesanan untuk menyampaikan maklumat.




https://webkit.org/blog-files/leaves/index.html

No comments:

Post a Comment

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS 6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL Terdapat pelbagai bentuk da...