KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
6.1
MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Terdapat
pelbagai bentuk dan jenis maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat
berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor
manakala kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan lain-lain.
Bahagian ini akan menerangkan analisis berbentuk kuantitatif iaitu menganalisis
data-data bernombor.
Maklumat
dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah
seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus. Tujuannya supaya data-data
berkenaan dapat diterangkan dengan jelas. Data yang banyak dianalisis
menggunakan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). SPSS
adalah software yang digunakan untuk
menjalankan analisis statistik yang tinggi seperti skor min, regrasi, korelasi
(membandingkan, menentukan hubungan dan menentukan kekuatan hubungan antara dua
atau lebih pemboleh ubah kajian).
Berikut
adalah beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor:
a a) JADUAL
Jadual
merupakan cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat bernombor.
Pemboleh ubah dimasukkan ke dalam lajur dan baris dalam jadual. Cara ini amat
berguna jika seseorang ingin membandingkan satu pemboleh ubah dengan pemboleh
ubah yang lain. Pemboleh ubah adalah faktor
yang menjadi perkara penting unuk dianalisis misalnya masa, jantina,
pendapatan dan pencapaian akademik. Rajah di bawah menunjukkan jadual analisis
kebolehan mengendalikan beberapa aspek pengurusan dalam kalangan guru-guru di
sekolah.
b) GRAF
LENGKUNG, BAR, PAI, PIKTOGRAF
Graf
diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor. Tujuannya adalah supaya
data-data yang diperoleh dapat dianalisis kepada bentuk yang lebih mudah
difahami. Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan
kajian. Berikut adalah contoh beberapa bentuk graf yang digunakan untuk
menganalisis data bernombor.
GRAF BAR
Graf bar menunjukkan pengeluaran baju
dan seluar di Kilang Berseri antara tahun 1998 hingga 2002. Didapati
pengeluaran baju pada tahun 1998 mencatat jumlah yang paling tinggi berbanding
tahun 1999, 2000, 2001 dan 2002. Manakala pengeluaran seluar mencatat jumlah
yang paling tinggi pada tahun 2000.
CARTA PAI
Graf pai menunjukkan penggunaan
keperluan harian seperti makanan, air, telefon, elektrik, pakaian dan lain-lain
dalam kehidupan seseorang. Didapati bahawa keperluan makanan sangat tinggi
berbanding keperluan harian yang lain.
PIKTOGRAF
Piktograf
menunjukkan bahawa bilangan murid tingkatan satu di sebuah sekolah mencatat
bilangan yang paling tinggi berbanding tingkatan 2 dan tingkatan 3 iaitu
seramai 50 orang.
GRAF LENGKUNG
MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN
Kemahiran mentafsir data
ialah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual,
carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang
logik mengenai sesuatu pemerhatian,
ujikaji dan pembolehubah. Mentafsir teks adalah untuk memberikan penerangan tentang pola ataupun perhubungan berdasarkan maklumat
yang dibaca /dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang
tersurat dan mencari maksud yang tersirat.
Terdapat beberapa langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks:
a) Memecahkan
data kepada bahagian kecil
-mengenalpasti tema
yang dibincangkan.
b) Meneliti semua
data untuk mencari perkaitan
-menentukan perkaitan antara tema-tema.
c) Membezakan fakta daripada hipotesis
-mengenal pasti maklumat berbentuk fakta atau andaian.
d) Membezakan
idea utama daripada idea sampingan
-menentukan perhubungan antara idea utamadan idea
sampingan.
Manakala, mentafsir foto, gambar,
grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak
yang disediakan.
Contohnya,
a)
Carta
alir
b)
Lakaran
a)
Foto
d)
Gambar
rajah
MEMBUAT KESIMPULAN
Kesimpulan adalah gagasan
yang dicapai pada penghujung perbincangan. Kesimpulan yang di buat ke atas data
dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data
lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang
telah dilakukan. Manakala, kesimpulan yang
dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.
Menilai maklumat
Dalam penilaian maklumat, pelajar harus tahu menilai maklumat yang
ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.
Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi
rasional dengan alasan-alasan yang mantap. Setelah semua maklumat berbentuk
kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat
berdasarkan hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan. Akhirnya,
maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian. Menilai maklumat merupakan
pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan
pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian menjadi lebih manta
papa bila penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan isu yang
dibincangkan.Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu
menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat
dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan
dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat
berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan
berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan
maklumat tersebut. Antaranya ialah autoriti yang merujuk kepada
kebolehpercayaan sesuatu maklumat yang telah disebarkan atau diberikan.
Contohnya, sumber maklumat diperolehi daripada sumberyang boleh dipercayai akan
memberikan tanggapan yang positif kepada yang menilai hasil kerja kita.
Seterusnya, info yang ingin dinilai juga perlulah saksama dari segala perkara
negatif. Ini bermaksud maklumat tersebut hendaklah bersifat adil dan neutral.
Penilaian maklumat juga di ambil kira dari segi nilai semasa kerana terdapat
info yang kita baca adalah perkara yang sudah lama. Kita harus mengetahui
bahawa maklumat tersebut adalah maklumat terkini agar memastikan kita tidak
mudah ditipu dan diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhir
sekali, maklumat tersebut haruslah lengkap dan jelas untuk memberikan gambaran
jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu. Dengan ini kita boleh membolehkan kita
lebih mudah faham dan mengingati maklumat tersebut.
Menilai maklumat juga merujuk kepada suatu keadaan dimana kita
membuat pertimbangan mengenai nilai, idea, kerja, penyelesaian, kaedah, dan
bahan yang digunakan rujukan yang baik
dan tepat untuk tujuan tertentu. Menilai maklumat juga melibatkan penggunaan
kriteria dan juga 'standard-standard' untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara
itu tepat, berkesan dan memuaskan. Ciri-ciri maklumat yang baik adalah tepat,
cepat, lengkap, ringkas, dan seterusnya merupakan kompenen yang penting ialah
maklumat tersebut haruslah berkaitan dengan apa yang ingin di sampaikan.
Mensistesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis
Sintesis merupakan kemahiran yang
perlu dikuasai dengan baik kerana ia menentukan sama ada tugasan yang
dihasilkan itu baik ataupun tidak menepati kehendak tugasan. Mensistesis
maklumat dapat dilakukan melalui pembinaan rangka, draf, skrip,dan juga
berdasarkan nota tugasan yang telah dianalisis. Seterusnya, ia juga melibatkan
kemahiran dimana kita perlu memahami keperluan tugasan, pilih format media di
mana pengetahuan baru tersebut boleh disebarkan. Mesistesiskan maklumat juga
perlu dilakukan ataupun menguruskan hasil tugasan yang ingin dipersembahan
dengan sebaik-baiknya. Selain itu, maklumat tersebut hendak disebarkan dan
disampaikan dengan baik. Akhir sekali, media yang digunakan untuk menyebarkan
maklumat adalah kompenen yang amat penting untuk meningkatkan keberkesanan
untuk menyampaikan maklumat.
https://webkit.org/blog-files/leaves/index.html